Monday, October 5, 2009

kelahiran

Haziq anak pertama ku yang lahir awal 3 minggu dari due sebenarnya. Seperti kelahiran-kelahiran pertama yang lain Haziq mengambil masa 4 jam untuk keluar melihat dunia dan memulakan kehidupannya. Tepat jam 12.28 minit tengahari, Haziq yang sepatutnya lahir pada 28 Disember 2000 mengkagumi suamiku yang menemaniku di labour room. Aku tahu suami bukan sahaja melihat anaknya lahir dalam serba kepayahan tetapi tergamam dengan kuasa Allah yang mengurniakan tenaga luar biasa untuk aku menjadikan dirinya seorang ayah... Kami sama-sama menitiskan air mata.. Namun dia sentiasa tersenyum seolah-olah tidak memahami kesakitanku. tetapi masa yang berlalu menjadikan aku lebih memahami senyumannya itulah yang memberi keyakinan kepada ku untuk bergelar ibu secepat mungkin.

Haziq, menjadikan aku ibu baru yang ternyata sangat kekurangan ilmu. Setiap hari perkara baru yang dilakukannya menjadikan aku pula yang terkial-kial mencari ilmu baru untuk mendewasakannya. Haziq.. anak comel yang mengkagumi sesiapa yang melihatnya. Dia comel dan sangat unik. Kepala dicukur sepenuhnya tetapi bila tumbuh, bahagian depan kepala sahaja.. walaupun kelihatan kelakar itulah haziq, samapai dewasa pun dengan keletahnya akan membuat orang tersenyum dan ketawa.
Cinta aisya juliet.... syyyy akan terungkai dari never ending story ... suspen

Diari juliet

Cita suara kekasih tak abih lagi...namanya pun kekasih.. Bukan senang nak dapat title kekasih tau. Dalam ramai-ramai 'tetamu' yang datang bertandang dalam diri seseorang mesti hanya ada satu yang benar-benar eksklusif untuk berada dalam hati. Kalau dah dapat capai title kekasih... apa pun words yang diucapkan akan menjadi sangat berharga... kalau kata-kata cinta mulalah terdengar-dengar setiap masa. Kalau ditaip kat sms pun rasa macam diucapkan sendiri oleh tuanya. Wah gitu... tapi kalau kata-kata berunsur kemarahan pulak hati akan menjadi sangat sensitif.

Cinta mampu memberi kegembiraan luar biasa pada seseorang. Percaya lah orang yang tak pernah experience benda-benda cam ni tak akan mengerti perasaan orang yang dilamun cinta. Cinta mampu berubah pendirian, menjadi pendorong dalam kehidupan, menyinarkan hari-hari yang suram, meredakan kesedihan dan berkata-kata pada hati yang kesunyian. Tapi awas kerana cinta juga, seseorang boleh lupa daratan, lupa tujuan, menjadi pendendam dan manusia yang penuh kelemahan.

Apa yang membezakan cinta ialah kematangan. Manusia yang boleh bercinta ialah manusia yang tidak pernah melupakan Tuhan kerana cinta yang suci pastinya rasa cinta yang terpelihara, unik dan mengundang kegembiraan bukan hanya pada diri sendiri tapi orang-orang lain yang mengetahuinya.

suara kekasih

Semalam boleh terbuka pulak tv 2. Layan cerita Suara Kekasih. Aku pasti siapa yang turn to the same channel mesti akan duk sekejap dan akhirnya landing depan tv....pasti. Cita lama tu betul-betul menyentuh perasaan. Yang peliknya waktu cerita tu meletup di pawagam aku baru berusia 13 tahun...rasanya lah tak ingat... Tapi perasaan sedih yang melanda hati kecilku semalam dah aku rasa semasa menontonnya dulu. Jiwangnya aku.... Pada hal aku bukan type yang jiwang karat.. yang pasti begitulah cinta. Hadirnya tak perlu digamit...tak perlu di cari. Namun sekali hati mencintai..sampai mati pun cinta akan terus mewarnai hati... Nanti lah sambung lagi kisah cinta puteri juliet. Don't worry you all mesti nak tahu.. so tunggu.....